My wonderwall
Saturday, July 27, 2013 | 6:01 PM | 0comments
Assalamualaikum guys .Sihat ? It has been a long time since we don't talk to each other . Ceh . OVER . Padahal baru minggu lepas aku bercerita dengan korang . Hmm pasal urat wayar dalam otak aku yang tercabut sikit haritu tu , I'd fixed it . Bawak pergi jumpa doktor yang bernama Kalamullah . Handsome kan ? Seronok gila dating dengan dia haritu .
Okay lupakan pasal cerita aku yang satu tu . Tak penting . Sape je yang nak ambik tau kan . I'll let out my feelings to Him . He is a good listener anyway :) Mengadu pada Dia akan buat kita rasa tenang . Takkan ada ketenangan lain selain rasa tenang bila kita beribadah pada-Nya . Trust me !
Tak suka ah gambar ni tak boleh nak centre . Kejadah entah iPad ni . Apps Blogger dalam ni takde nak letak lebih-lebih . Setakat boleh post je . Template Settings pun tarak . Urgh .
He's just nice . All I can say is , Ma is soooooooooooooo lucky to get Abah as her husband .
Kalau aku kahwin nanti , aku nak lelaki yang caring , handsome , yang kenal erti tanggungjawab tu apa . Just like Abah , tapi nak yang lagi caring dari Abah . Ceh demand . Haha .
Ya , dulu Abah panas baran . Alah normal , darah muda . Korang taktau betapa garangnya Abah yang dulu . Jangan la nak cari pasal buat Abah mengamuk ke apa . Sekali kena libas , berbekas oh !
Ahah , semua tinggal memori je . Rasa lawak bila ingat balik . Aku lah yang selalu jadi mangsa rotan Abah . Dulu aku nakal okay . Ce tanya Angah dah berapa banyak kali dia kena pukul dengan aku . Tak pun korang sebut je , semua aku pernah buat . Haha . Jangan memain . Cerita dulu-dulu , biasalah . Mana kenal erti ayu ni semua :)
Sudenly haritu terungkit balik cerita lama masa kena rotan dengan Abah . Abah gelak . Aii macam suka je Abah ni kalau dapat pukul aku . Tapi last-last tu Abah cakap , "Sebab Abah rotan kamu lah kamu jadi manusia kan ?"
Aku diam . Yeah , he's right . Aku jenis yang keras kepala . Kalau dulu Abah tak pukul anak-anak dia , entah apa yang jadi dekat aku sekarang . Makin berani melawan , mungkin ? Ataupun dah boleh naikkan kaki aku ke muka diorang . Fuh . Derhaka sungguh tu . Mintak dijauhkan . Amin .
Dan dari nada abah bercakap tentang cerita dulu , aku tahu yang Abah sebolehnya taknak ulang apa yang dia pernah buat dulu . Aku pernah cakap yang Abah terlalu manjakan kakak dengan Danish . Abah jawab , takkan Along nak tengok Abah buat kat diorang macam Along dengan Angah kena ?
Okay . Marah sikit-sikit pun takpe . Aku taknak tengok kejadian tu berulang . Benda dah lepas , kan ?
Dan Abah asyik ulang semua tu salah Abah .
Abah , sebolehnya iqah nak Abah tahu yang iqah tak ambik hati pun pasal dulu-dulu tu . That's for our own goodness . Sebab Abah sayang anak-anak Abah . I got it .
Dan aku rasa rotan tu memang patut kena dekat aku pun . Sape suruh nakal sangat kan . Eheh .
Bila fikir balik , Abah lah yang paling banyak berkorban rasa , jiwa dan harta dia hanya untuk besarkan anak-anak dia . Abah dah berubah . Tak baran dah macam dulu . Dah pandai control rasa marah . Banyak guna duit dia je sepanjang tahun . Pernah sekali tu aku usha Abah keluarkan duit dekat ATM .
Guess what ? Hanya ada RM300 je yang tinggal dalam akaun tu but still Abah keluarkan jugak . Sebab anak-anak dia nak guna . Fine , aku admit aku menangis .
Tapi lepas tu aku okay sebab aku tahu Abah ada duit dalam akaun lain . Hahahahaha -_______-
So my dear readers , mohon sayangi dua orang yang berharga tu elok-elok okay ?
Mama-Abah ke , Daddy-Mummy ke , Papa-Mama ke , Ayah-Ibu ke , Abi-Ummi ke ,
They're all the same . They do something just to make us happy . Do appreciate it .
Hargai semua benda yang diorang dah buat untuk kita . Jangan harap kita boleh keluar tengok dunia kalau takde insan yang bergelar ayah dan ibu .
Lastly , I do love you dear Mr.Wonderwall <3
Assalamualaikum guys . Adios .






